Rabu, 28 Februari 2024

Pancaran cahaya kosmik dan kesan radiasi.

Setiap tahun ada di antara kita yang menerima pesanan melalui media-media sosial seperti WhatsApp, Facebook, X (Twitter) dan sebagainya yang menyatakan pancaran cahaya kosmik yang mengakibatkan kesan radiasi yang tinggi. Pesanan tersebut lebih kurang berbunyi seperti berikut:

"Malam ini antara jam 00:30 pagi hingga 3.30 pagi pastikan off hp, laptop dll dan jauhkan dari badan anda. TV Singapore telah mengumumkan berita tersebut. Tolong beritahu keluarga dan sahabat2 anda. Malam ini  antara jam 00:30 pagi hingga 3.30 pagi bumi kita akan menghadapi radiasi yang paling tinggi. Pancaran cahaya Cosmic akan melintasi dekat dgn bumi. Oleh itu off hp dll dan jauhkn  dr badan anda sbb akn menyebabkan kita mendapat efek radiasi yg berbahaya....Boleh lihat di google dan NASA dan berita BBC. Bagikan pesan ini kpd org2 lain yg penting bagi keluarga ,Teman,Sahabat, dan juga anak istri anda. Anda blh menyelamatkan nyawa banyak orang dengan berbuat demikian..."

Ternyata pesanan tersebut hanyalah hoax semata-mata. Pihak-pihak yang disebutkan di dalam pesanan tersebut seperti TV Singapura, BBC dan NASA telah menafikan sekeras-kerasnya tentang dakwaan tersebut. Asalnya berita tersebut adalah berita yang diambil dari laporan rasmi dari letusan gunung-gunung berapi di sekitar kawasan Asia-Pasifik yang jua boleh menghasilkan kesan radiasi tetapi berita tersebut telah diubahsuai dan dikaitkan dengan pancaran cahaya kosmik.

Pancaran cahaya kosmik memang sampai ke bumi setiap hari tetapi tidak melebihi hanyalah sekitar 3% ke 8% mengikut lokasi tertentu dan di kawasan Asia rata-rata menerima 5%.  Kenapa bumi menerima kadar pancaran kosmik yang rendah? Ini adalah bumi dilindungi oleh lapisan magnetosfera yang terbentuk oleh medan magnet bumi. Jika atmosfera bumi menghindarkan tenaga sinaran suria yang kuat, magnetosfera pula berfungsi sebagai perisai bumi dari hentaman objek-objek angkasa seperi meteor, meteroid dan asteroid dan juga sinaran kosmik dan zarah-zarah yang merbahaya. Lapisan magnetosfera ini juga dipanggil Jalur Van Allen

"Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allaah) yang terdapat padanya."

(Terjemahan Surah al-Anbiyaa : Ayat 32)

Jumaat, 26 Ogos 2022

Ahli Pengakap pelajari astronomi

August 27, 2022

Oleh Salawati Haji Yahya

TUTONG, 26 OGOS – Persatuan Pengakap Daerah Tutong dan Persatuan Astronomi Brunei Darussalam (PABD) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Tutong, baru-baru ini, telah mengadakan Malam Astronomi Persatuan Pengakap Daerah Tutong.

Diadakan di Pusat Belia, Jabatan Belia dan Sukan Tutong, acara itu telah dihadiri oleh ahli-ahli Pengakap Tunas Sekolah Chung Hwa Tutong dan Sekolah Chung Hwa Kiudang, Tutong serta ibu bapa mereka.

Antara tetamu khas yang hadir pada acara itu ialah Setiausaha Majlis Ugama Islam
Brunei, Haji Abdul Aziz bin Haji Akop selaku naib yang di-pertua PABD dan Ketua Cawangan JBS Tutong, Awang Kamil bin Lamat.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD), Awang Mohd Ariffin bin Abdul Hadi dan Pesuruhjaya Antarabangsa PPNBD, Haji Manan bin Haji Abdul Latif.

Pada acara itu, tetamu khas, para pengakap tunas dan ahli-ahli pengakap dari PPNBD mendengarkan penerangan mengenai astronomi dan membuat pencerapan astronomi untuk meneroka alam astronomi, Bima Sakti dan planet Musytari dan Zuhal.

Aktiviti pencerapan itu adalah dengan menggunakan alat-alat khas pencerapan seperti teleskop dan sebagainya.

Malam astronomi itu bertujuan untuk memperkenalkan alam astronomi seperti hal ehwal cakerawala dan bintang-bintang, selain untuk mengetahui dan mencerap lingkaran Bima Sakti seterusnya mendedahkan dan memperkenalkan instrumen-instrumen atau peralatan yang digunakan dalam pencerapan astronomi.

- Media Permata Online.